Biz

Tabungan emas jadi simpanan di Makmur Gold

|
- Diterbit 10 Mac 2023 6:57 AM MYT

PELBAGAI jenis dan kaedah menabung ditawarkan pada masa ini antaranya adalah simpanan emas di mana ia telah dilakukan sejak berkurun-kurun, memandangkan nilainya yang sangat tinggi dan berharga menjadikan ramai orang menganggap ia sebagai satu aset berharga yang harus dimiliki.

Pada masa-masa kegawatan ekonomi pula, kaedah penyimpanan emas secara fizikal merupakan satu tindakan yang boleh dikatakan bijak berbanding simpanan wang kertas memandangkan harga emas adalah kalis inflasi serta tidak terlalu dipengaruhi oleh kegawatan ekonomi atau kejatuhan nilai wang.

PENGERUSI Koperasi Makmur Malaysia Berhad, Khairul Azam Awang

Justeru itu, Pengerusi Koperasi Makmur Malaysia Berhad, Khairul Azam Awang berharap masyarakat terutamanya kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memanfaatkan peluang keemasan yang ditawarkan di cawangan-cawangan kedai emas Makmur Gold khususnya di Putrajaya.

“Melalui kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), ia memudahkan potongan gaji bagi sesiapa yang ingin membeli emas secara tabungan.

“Rata-rata penduduk Putrajaya juga adalah kakitangan sektor awam dan GLC yang mempunyai kemudahan untuk membuat potongan gaji menerusi program ini.

“Program ini juga unik dan istimewa di mana ia membolehkan para pelanggan kami untuk menyertai aktiviti penabungan emas. Saya yakin jika dilihat dalam jangka panjang, mereka sebenarnya mempunyai simpanan secara tidak langsung.

“Tambahan pula, menerusi data yang kami ada, harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun sebagai contoh pada tahun 2000, harga emas adalah sebanyak RM38 satu gram dan kini ia terus meningkat mencecah kepada RM300 satu gram.

“Dengan kaedah ini, kami yakin sedikit sebanyak dapat membantu rakyat untuk mempunyai perancangan kewangan melalui tabungan emas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khairul Azam juga mencadangkan agar mereka yang tidak bekerja atau kehilangan sumber pendapatan untuk menyertai Program Usahawan Emas Makmur Gold.

“Menerusi program ini, kami membuka peluang seluas-luasnya kepada orang ramai terutamanya golongan mahasiswa yang belum mendapat pekerjaan dan juga suri rumah untuk menjadi usahawan emas ini secara tetap atau separuh masa.

“Ia memberi pelbagai manfaat serta membantu menjana pendapatan sampingan di mana kami berkongsi keuntungan dengan para usahawan. Dalam masa yang sama, pihak Makmur Gold akan turut membantu mereka untuk mendapatkan pelanggan,” ujarnya.

Orang ramai dijemput berkunjung ke kedai emas Makmur Gold di Presint 15, Putrajaya. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 019-513 0640 atau layari Instagram @makmurgoldofficial dan laman sesawang www.makmurgold.my. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas