Selebriti

Tabung kecemasan Nad Zainal dilancarkan

- Diterbit 29 November 2022 11:22 PM MYT

RAKAN-rakan dan peminat Nad Zainal mengambil inisiatif mewujudkan tabung kecemasan bagi membantu pelakon terbabit yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu.

Kewujudan tabung tersebut dikongsikan pengarah dan juga penerbit Shahrulezad menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Ramai sudah maklum mengenai pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di wad ICU sejak minggu lalu.

Tabung Kecemasan ini adalah insiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan di hospital pakar, sekali gus membantu meringankan beban keluarganya.

“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk membantu,” tulis pengarah drama Cina Buta itu.

Pada masa sama, Shahrulezad turut meminta orang ramai menguar-uarkan kutipan derma tersebut, selain tidak putus berdoa agar Nad kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

“Jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post (perkongsian) ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” katanya.

Penderma yang bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB Pertubuhan Kebajikan As Siddiq menggunakan nombor akaun, 8604978484. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas