Berita

Syarikat, pertubuhan diminta tangguh mesyuarat agung

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
- Diterbit 18 April 2020 7:49 AM MYT

PUTRAJAYA – Semua mesyuarat agung bagi syarikat, koperasi, pertubuhan dan persatuan ditangguhkan sehingga tarikh ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, perkara itu merupakan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Menteri-Menteri Berkaitan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ujar beliau, langkah itu bagi mengelakkan pengumpulan orang ramai dalam sesebuah mesyuarat agung.

“Sekarang bulan April, lepas ini bulan Mei dan Jun dan kemungkinan banyak mesyuarat agung dijalankan.

“Justeru, kita minta menangguhkannya.
Bagaimanapun, sekiranya ingin meneruskan mesyuarat agung adalah dibenarkan namun menggunakan dalam talian seperti sidang video,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas