Berita

Syamel, Ernie kini sah bergelar suami isteri

- Diterbit 26 Mac 2021 4:52 AM MYT

PASANGAN selebriti popular Syamel dan Ernie kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad di Masjid Puncak Alam, Selangor pada jam 10.30 pagi tadi.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang manakala mas kahwin bernilai RM300 serta seutas gelang tangan berlian.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Majlis resepsi bertemakan ‘black tie’ akan dianjurkan pada 3 April depan bagi meraikan rakan artis dan media.

Pasangan Syamel dan Ernie yang popular dengan lagu duet mereka berjudul Aku Cinta ini bertunang pada Ogos lalu setelah empat tahun berkenaan. – WILAYAHKU

Foto: instagram @sweetpictures_kl

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas