Personaliti

Sushant Singh Rajput Bunuh Diri kerana murung?

- Diterbit 15 Jun 2020 3:14 AM MYT

DUNIA hiburan Bollywood digemparkan dengan kematian aktor Sushant Singh Rajput, 34, di kediamannya di Bandra, Mumbai semalam (Ahad).

Rajput yang memulakan kerjaya seninya pada tahun 2008 ini disahkan meninggal dunia disebabkan bunuh diri.

Bagaimanapun menurut laporan Times Now, ada sumber polis Mumbai menyatakan Rajput dilaporkan menderita penyakit kemurungan kerana pihak polis ada menemui kertas perubatan dan pil anti-depresi di kediamannya di Bandra, Mumbai.

Kematian pelakon filem M.S. Dhoni: The Untold Story itu benar-benar membuatkan ramai rakan industri tidak percaya termasuk aktor senior Akshay Kumar.

“Terus-terang, berita ini sangat mengejutkan saya dan hilang kata-kata. Saya masih ingat menontonnya dalam Chhichhore dan beritahu sahabat saya Sajid, saya sangat suka filem itu.

“Dia seorang pelakon yang sangat berbakat besar. Semoga Tuhan memberi kekuatan buat seluruh keluarganya,” demikian ciapan Akshay di Twitter

Antara filem lain lakonan Rajput adalah Kis Desh Mein Hai Meraa Dil, Kedarnath, Chhichhore dan Drive. – WILAYAHKU

Sumber: Agensi

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas