Berita

#SUMMERAYA2020 tonjolkan keunikan Malaysia

RICO bersama model yang memperagakan rekaan terkini busana #SUMMERAYA2020.
- Diterbit 16 Mac 2020 2:55 AM MYT

#SUMMERAYA2020 yang diperkenalkan pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi sekali lagi menampilkan kelainan tersendiri apabila rekaan pakaiannya menonjolkan ‘Malaysia’.

Selain bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, rekaan kontemporari khusus untuk busana Hari Raya Aidilfitri tahun ini turut diadaptasi daripada flora dan fauna yang terdapat di Malaysia.

Malah, rekaan itu juga disematkan di termos dan mug rangkaian gergasi kopi Amerika Syarikat (AS), Starbucks.

Menurut Rico, rekaan yang dihasilkan menonjolkan Malaysia yang dikenali hari ini, kerana terdapat motif Harimau Malaya yang dinamik dan kuat.

Katanya, motif itu selari dengan keadaan semasa negara dan masyara- kat yang dapat mengadaptasi apa jua keadaan.

SYAFIQ Kyle merupakan artis lelaki pertama yang dijadikan ‘wajah’ #Summeraya2020.

“Kita juga ada Penyu iaitu sejenis haiwan yang senyap dan dalam masa sama sangat bijak di samping Burung Kenyalang yang mempersembahkan negeri Borneo.

“Ia bukan hanya haiwan yang setia tetapi menarik, cantik dan unik seperti Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri terutama dalam kepelbagaian kaum,” katanya.

Walaupun beliau begitu sebati dengan fabrik dan pakaian, namun sebagai pereka fesyen, Rico berkata, cabaran yang paling besar dihadapi adalah ketika diberi kepercayaan untuk menghasilkan termos dan mug yang unik dengan mengetengahkan elemen-elemen Malaysia.

Menurutnya, dengan koleksi yang Rico buat untuk Starbucks, ia sekali gus menunjukkan sayang dan cinta Rico kepada negara Malaysia.

“Rico rasa susah tetapi dalam masa sama cuba mengaitkannya dengan kerjaya sekarang dan minat terhadap flora dan fauna.

“Jadi, daripada itu, elemen-elemen itu yang Rico bawa dan ketengahkan untuk design thermo dan mug,” katanya.

Mengulas tentang kolaborasinya dengan Starbucks, Rico memberitahu, dia rasa bangga dengan pencapaian yang dimiliki hari ini kerana Starbucks bukan hanya dikenali ramai malah pernah bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka seperti Alice dan Olivia.

Justeru katanya, apabila diberi peluang untuk berkolaborasi dengan Starbucks, dia rasakan yang fesyen dan kopi boleh ‘bercampur’ dengan satu elemen yang unik.

“Dan sebagai anak Malaysia, saya sangat bangga dan ini mungkin boleh jadi satu kebanggaan untuk seluruh rakyat juga,” jelasnya.

CATRIONA Ross antara selebriti wanita yang memperagakan rekaan terkemuka #SUMMERAYA2020.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas