
Sumbangan tabung Palestin, Mimi Lana bida lukisan Ustazah Asni
RAMAI yang memuji usaha pelakon popular Mimi Lana yang telah membida sebuah lukisan dengan harga RM3,600 untuk disumbangkan ke tabung kemanusiaan Palestin.
Mimi membida lukisan kanvas peta negara yang dilukis oleh pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor yang dibuka dengan harga permulaan RM3,000 dalam sebuah majlis ilmu anjuran Betty Rahmad.
“Terima kasih Betty kerana menjemput saya dan menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk saudara kita di Palestin.
“Majlis turut disusuli dengan Tausiyah (ceramah agama) bersama ustazah Asni Mansor. Ini merupakan majlis perkongsian yang cukup indah dan saya mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah,” tulis Mimi atau nama lengkapnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, dalam Instagram miliknya.

PELAKON Mimi Lana telah membida sebuah lukisan dengan harga RM3,600 untuk disumbangkan ke tabung kemanusiaan Palestin.
Selain Mimi, beberapa barisan selebriti terkenal tanah air turut kelihatan menghadiri majlis ilmu tersebut antaranya Nora Danish, Azira Shafinaz, Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. – WILAYAHKU