Berita

SUKMA 2022: 3 wakil badminton WiPers ke separuh akhir

JUN HAO yang juga atlet kebangsaan menjadi sandaran WiPers memburu emas menerusi acara badminton.
- Diterbit 22 September 2022 2:31 PM MYT

PASUKAN badminton Wilayah Persekutuan (WiPers) menempah tiket ke separuh akhir temasya SUKMA XX MSN 2022 yang bakal diadakan di Axiata Arena, esok.

Leong Jun Hao menerusi acara perseorangan lelaki, Amanda Yap Hwa Leng bagi perseorangan wanita serta Tan Weng Xin dan Wong Kha Yan bagi beregu wanita.

Jun Hao yang menjadi sandaran Wilayah Persekutuan tidak berhadapan masalah apabila berjaya menundukkan Tai Chuan Zhe dari Melaka dengan permainan straight set 21-12, 21-14.

Mengikuti jejak Jun Hao, Amanda menerusi perseorangan wanita berjaya mengetepikan cabaran lawannya Cassey Rynn Rompog dari Sabah  21-15, 21-17.

Sementara itu, pasangan beregu wanita, Weng Xin dan Kha Yan meneruskan permainan cemerlang petang tadi dengan menewaskan Dharshinie A/P Vasigaran, Saranya A/P Nayaratnarajah dari Selangor, 21-15, 21-11.

Ketiga-tiga wakil Wilayah Persekutuan akan meneruskan misi pemburuan pingat emas di separuh akhir. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas