Biz

SugarBomb Bootcamp 2021 bantu 300 peniaga yang terkesan akibat COVID-19

KETUA Pegawai Eksekutif and Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari Rosli, mahu anak Muda bangkit daripada pandemik COVID-19.
- Diterbit 29 November 2021 7:56 AM MYT

SUSULAN musim pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, banyak perniagaan tidak terkecuali yang didirikan secara kecil-kecilan oleh golongan usahawan dan peniaga tempatan menerima tempias akibat mata pencarian mereka yang terjejas.

Bagaimanapun, harus diakui bahawa ramai anak muda pada saat ini begitu rajin dalam berusaha mencari rezeki demi terus menyara keluarga dan kehidupan seharian mereka.

KETUA Pegawai Eksekutif and Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari Rosli, mahu anak Muda bangkit daripada pandemik COVID-19.

Oleh itu, SugarBomb Malaysia selaku jenama yang sinonim dengan memperkasakan lagi golongan usahawan dan peniaga tempatan dengan produk wangian buatan sendiri, bertindak menganjurkan program Bootcamp yang bertemakan Bangkit Sugarbomb bagi tujuan menolong para peserta menerusi perkongsian ilmu pengetahuan dan selok-belok berguna yang dapat menghidupkan kembali dan meningkatkan perniagaan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif and Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari Rosli, SugarBomb Bootcamp 2021 telah diadakan di Setia City Convention Centre selama dua hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam yang mana seramai 300 peniaga dan usahawan tempatan berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan.

“Program yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai ini berkonsepkan motivasi dan aspirasi yang mana rakan-rakan media lain turut sama menyertainya.

“Tercetusnya program ini adalah untuk membantu golongan usahawan tempatan seluruh Malaysia dengan menyuntik semangat kepada mereka supaya tidak berputus asa meski dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang mendatang lagi dalam musim pandemik COVID-19.

“Program SugarBomb Bootcamp 2021 diharapkan berjaya mencapai misinya iaitu tidak lain tidak bukan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya dalam hidup mereka,” katanya.

PROGRAM Bootcamp yang bertemakan Bangkit Sugarbomb bagi tujuan menolong para peserta menerusi perkongsian ilmu pengetahuan dan selok-belok berguna yang dapat menghidupkan kembali dan meningkatkan perniagaan mereka.

Antara program yang diadakan sepanjang hari itu termasuklah sesi perkongsian mengenai marketing dan ‘perfume profiling & perfume making’ yang mana para peserta diberi peluang untuk bereksperimentasi mencipta minyak wangi mereka sendiri.

Turut memeriahkan SugarBomb Bootcamp 2021 ialah kumpulan hip hop Malaysia, Ruffedge yang menangkap perhatian ramai menerusi persembahan lagu-lagu hit seperti Khayalan, Bila Rindu dan juga lagu kolaborasi bersama SugarBomb sendiri, iaitu Kau Memang Da Bomb.

Ikuti laman sosial media Sugarbomb di Instagram dan Facebook atau layari laman web https://wearesugarbomb.com/ untuk mendapatkan info terkini mengenai produk Sugarbomb. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas