Selebriti

Sudah Bertunang, Jejaka Inggeris Bakal Suami DR. NUR AMALINA

- Diterbit 10 Ogos 2020 1:05 PM MYT

NAMPAKNYA impian peminat mahu melihat pelatih pakar bedah Kolej Imperial London, Dr Nur Amalina Che Bakri berkahwin hampir menjadi kenyataan.

Ini berikutan apabila Amalina yang berasal dari Kelantan mengumumkan yang dirinya sudah pun bertunang dengan jejaka Inggeris pilihan hatinya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram (IG) dan Twitter Amalina memuat naik gambar berdua dengan tunangnya dan foto jarinya disarung dengan cincin sebagai tanda pertunangan.

“Teruja dengan perancangan perkahwinan x2 (UK dan Malaysia),” tulisnya yang teruja untuk merancang majlis perkahwinan di dua negara iaitu United Kingdom (UK) dan Malaysia.

Ruangan komen di IG Amalina dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikut-pengikutnya.

Para selebriti jugak tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Amalina dan pasangan antaranya adalah Lisa Surihani, Datuk Aznil Nawawi, Daphne Iking dan ramai lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas