Berita

Stor Perbadanan Putrajaya di Presint 20 penuhi konsep komersial

STOR PPj Presint 20 yang akan dijadikan lokasi pertanian presisi.
- Diterbit 23 April 2021 3:58 AM MYT

MENYAHUT seruan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa yang mahu
mewujudkan pertanian presisi berskala besar,Perbadanan Putrajaya(PPj) menyediakan
ruangan khas di stor miliknya di Presint 20.

Perkara itu dimaklumkan Presiden PPj,Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain yang turut menyambut baik perancangan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Menurut beliau, pada masa ini, PPj telah mengemukakan anggaran harga sewaan kepada pihak yang berminat dan masih menunggu maklumbalas.

“Ia akan diadakan di stor Perbadanan Putrajaya Presint 20 dan kita menunggu maklum balas dari
pihak berkenaan (pelabur).“Pelabur yang terlibat bagi projek ini adalah satu syarikat swasta,” katanya ketikadihubungi Wilayahku.

Mengulas lanjut berkenaan pertanian presisi itu, Muhammad Azmi memberitahu, konsep pertanian yang diutarakan Menteri Wilayah Persekutuan adalah pertanian moden berasaskan ‘internet
of thing (IOT)’. Jelas beliau, ia akan berasaskan teknologi maklumat dan peralatan
moden.

Sebelum ini, Annuar menyatakan KWP akan mewujudkan pertanian presisi (precision farming) berskala
besar yang menggunakan teknologi moden seperti fertigasi dan hidroponik di Putrajaya, tahun ini.
Tawaran pekerjaan bagi konsep pertanian baharu itu juga akan mengutamakan kelompok
gelandangan berbanding pekerja asing bagi membolehkan mereka menjana pendapatan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas