Berita

Status ‘duda terhangat’ Keith Foo bawa tuah

KEITH Foo, Natasha Hudson, Datin Reena zach, Nor Shahlina (Master Partner) dan Datuk Zach di majlis pelancaran produk Crystal C White
- Diterbit 6 Januari 2021 12:21 AM MYT

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitulah rezeki mencurah-curah yang mengiringi pelakon Keith Foo sejak dirinya kembali solo atau berstatus duda.

Selain banyak tawaran berlakon yang diterima, terbaru Keith foo dilantik sebagai duta produk kecantikan kulit, Crystal C White.

Produk yang ditunjangi oleh pasangan suami isteri, Datin Reena Zach dan Datuk Zack Aziry  ini buat pertama kalinya menampilkan duta Keith Foo dan wajah mewakili produk iaitu pelakon Natasha Hudson. Kedua-duanya duda dan janda terhangat di Malaysia.

DATIN Reena ketika melakukan gimik pelancaran produk di Menara Kuala Lumpur, semalam.

Bagi pengasasnya, Datin Reena Zach, 36, dia tidak berasakan sesuatu yang janggal atau pelik memilih golongan lelaki sebagai duta.

“Kebiasaannya kalau perihal produk kecantikan, wanita cantik yang akan terlintas dalam fikiran mewakili produk sebegini. 

“Namun kita cuba melawan arus meletakkan Keith Foo sebagai sandaran buah tangan terbaharu kami ini. Duta lelaki dipilih juga kerana kita mahu menekankan produk ini juga boleh diamalkan golongan lelaki selain wanita. Jadi apa salahnya kita lawan arus?

“Bapa tunggal kepada Skylar Raymond Foo ini juga sudah menggunakan produk ini sejak Ogos lalu bagi merasai keberkesanannya terlebih dahulu.  

“Banyak sebab kita memilih Keith sebagai duta. Selain wajah tampan dan memiliki kulit sihat, Keith sendiri mengamalkan gaya hidup sihat. 

“Bahkan oleh kerana trek rekod produk kami sebelum ini juga diterima baik di Indonesia, pemilihan Keith sangat wajar kerana dia sudah lebih sedekad mencipta nama di negara jiran itu. 

“Keith juga fasih dalam banyak bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Indonesia, Mandarin, Inggeris, Tamil dan Hallam,” tegas ibu kepada dua anak berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Reena sendiri menegaskan beliau sendiri pernah berdepan masalah kulit wajah yang kronik.

“Pelbagai jenis produk penjagaan kulit sudah dicuba, namun gagal merawat masalah yang saya alami. Kulit saya pernah berjerawat teruk hingga satu tahap saya jadi trauma melihat wajah sendiri.

“Namun akhirnya solusi berjaya ditemui dengan penemuan produk Crystal C White. Menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun, produk ini cukup terbukti dengan pelbagai faedah serta kelebihan.

“Produk ini membantu menyelesaikan masalah kulit jerawat dan kusam, jeragat, tumit kaki merekah, rambut gugur, eczema, menguatkan kuku, mengurangkan garisan halus serta kedutan, agen anti penuaan, pencerah dan penggebu kulit serta fungsi pelbagai lagi,” kata Reena.

KEITH Foo bersama Natasha Hudson

Sementara itu Keith menyatakan persetujuan menjadi duta kerana tertarik dengan produk terbabit.

“Semestinya sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong produk tempatan. Sejak dulu lagi saya selalu berfikiran sebegitu. Pastinya juga Crystal C White cukup berkualiti, berkesan dan paling utama untuk saya yang selalu bergerak aktif.

“Saya yakin perniagaan seumpama ini juga akan terus membuka peluang untuk masyarakat menjana pendapatan sebagai agen dan stokis. Dalam situasi meruncing dek pandemik Covid 19, peluang sebegini cukup bermakna,” kata Keith yang sebelum ini popular menerusi drama bersiri Ariana Rose. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas