Berita

Squah on Fire: Tiga pemain lepasi pusingan pertama

PEMAIN skuasy kebangsaan Rachel Arnold, Mohd Syafiq Kamal dan Addeen Idrakie masing-masing beraksi cemerlang pada pusingan pembukaan Kejohanan Terbuka Squash on Fire 2021. Kredit foto oleh: Yazit Razali/ Berita Harian PEMAIN skuasy kebangsaan Rachel Arnold, Mohd Syafiq Kamal dan Addeen Idrakie masing-masing beraksi cemerlang pada pusingan pembukaan Kejohanan Terbuka Squash on Fire 2021. Kredit foto oleh: Yazit Razali/ Berita Harian
- Diterbit 28 Jun 2021 7:55 AM MYT

PEMAIN skuasy kebangsaan Rachel Arnold, Mohd Syafiq Kamal dan Addeen Idrakie masing-masing beraksi cemerlang pada pusingan pembukaan Kejohanan Terbuka Squash on Fire 2021 di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad (Isnin waktu Malaysia).

Pemain ke-44 dunia Rachel, yang menempah tempat ke pusingan kedua selepas dengan mudah menewaskan rakan senegara Wen Li Lai 11-3, 16-14,11-6 dalam masa 37 minit, akan menghadapi cabaran sukar dengan bertemu pemain ke-20 dunia Olivia Fiechter dari AS.

Pemain perseorangan wanita utama negara Low Wee Wern dan S. Sivasangari yang mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama, masing-masing akan bertemu pemain dari England, Lucy Beecroft dan Goergina Kennedy.

Dalam kategori perseorangan lelaki, Mohd Syafiq mengalahkan Karan Malik dari India 11-4, 11-7, 11-6 pada pusingan pertama, menurut laman sesawang Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional, www.psaworldtour.com.

Pemain berusia 24 tahun itu, malam ini akan bertemu rakan sepasukan yang juga pemain nombor dua kebangsaan Ivan Yuen, yang mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama, bagi meneruskan cabaran pada peringkat suku akhir.

Manakala Addeen Idrakie yang menewaskan pemain tuan rumah Faraz Khan 11-19, 11-3, 11-2, akan bertemu seorang lagi pemain dari AS Shahjahan Khan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas