Berita

Solat hajat selepas Zuhur serentak seluruh negara esok

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tahun ini berkemungkinan tiada solat hari raya diadakan di masjid sekiranya PKP dilanjutkan. Gambar hiasan
- Diterbit 26 Mac 2020 8:54 AM MYT

PUTRAJAYA – Seluruh umat Islam  diseru agar menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar bersama-sama melaksanakan solat hajat secara serentak di seluruh  negara esok (Jumaat), 27 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, solat hajat itu dilakukan selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing.

“Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 26 Mac lalu telah menitahkan kepada saya agar memberikan cadangan  melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

“Berdasarkan taakulan saya dan dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh  negara adalah pada Jumaat (esok), 27 Mac 2020 bersamaan 3 Syaaban 1441H selepas waktu Zuhur di rumah dan tempat masing-masing.

“Kita penuhi  hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas