Berita

Soal Ayah Hal Peribadi, Telah Lama Tinggalkan Ibu – DAI SYED

|KENYATAAN Da'i Syed berhubung dakwaan difitnah merogol.|
- Diterbit 26 November 2020 6:51 AM MYT

PENDAKWAH dan penyanyi muda Da’i Syed,25, menegaskan apa yang berlaku antara dirinya dan ayahnya, Seif Jamalullail adalah hal peribadi yang perlu disimpan.

Dai Syed menyentuh hal itu apabila  tersebar luahan serta nasihat ayahnya  di Facebook yang menjadi topik perbualan warganet.

Antara luahan Seif Jamalulail terhadap anaknya, Da’i Syed adalah cuba menasihatkan Dai Syed, namun  sudah dua tahun segala mesej yang dihantar kepada anaknya itu tidak dipedulikan.

“Segala didikan telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun,” antara kata-kata ayahnya di Facebook.

Ini pula reaksi Dai Syed terhadap luahan ayahnya. 

“Saya juga mengambil maklum mengenai hantaran media sosial Facebook oleh pengguna akaun Facebook, Seif Jamalullail yang merupakan ayah kandung saya.

“Isi kandungan hantaran tersebut kemudiannya telah disebarkan dan dijadikan topik-topik di portal berita atas talian. 

“Saya percaya bahawa  keadaan sebenar hubungan semasa antara ayahanda saya dan saya adalah perkara peribadi yang perlu disimpan sendiri oleh saya, cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ayahanda saya telah lama meninggalkan ibu sejak tahun 2017, lantas berpindah ke Cairo, Mesir,” jelas Dai Syed menerusi sebuah kenyataan di instagramnya.

KENYATAAN Da’i Syed berhubung dakwaan difitnah merogol.

Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail juga menjelaskan, hubungan dengan ayahnya sudah lama renggang sejak beberapa tahun lalu.

“Hubungan kami berdua telah keruh seawal 2016 apabila beliau tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya hidup saya untuk menyertai program Dai yang ditayangkan di kaca televisyen.

“Namun atas rasa hormat anakanda kepada ayahandanya, saya terima nasihat yang diberikan itu dengan hati yang terbuka,” katanya lagi.

Dalam kenyataan tersebut, Da’i Syed turut membuat keputusan untuk mengambil tindakan saman terhadap individu yang telah melemparkan fitnah terhadap dirinya berhubung dakwaan kes rogol.

Terdahulu, Da’i Syed membuat Laporan polis apabila difitnah merogol. 

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan segalanya dipermudahkan. Amin.. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas