Berita

Skuad Futsal Kebangsaan timba pengalaman berguna

SKUAd futsal komited dengan latihan yang dijalani.
- Diterbit 17 Januari 2020 1:52 AM MYT

GIGIH. Skuad Futsal kendalian Ketua Jurulatih, Chiew Chun Yong giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal Antarabangsa Thailand bermula 2 hingga 8 Februari di Songkhla, Thailand.

Pada masa sama, 20 pemain dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad futsal negara bermula 23 Januari ini sebelum keputusan muktamad memilih 14 pemain terbaik diputuskan.

Justeru, Chun Yong tidak gentar dan merasakan penyertaan ke Thailand adalah pengalaman berguna kepada skuadnya.

“Mereka berpeluang bermain bersama pasukan handalan dari Asia malah ia jarang berlaku.

“Ini merupakan persediaan yang cukup baik bagi skuad negara menjelang Kejohanan Futsal AFF yang akan berlangsung pada September nanti setelah gagal melayakan diri ke kelompok 16 pasukan terbaik Asia,” ujarnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas