Berita

Siswa QIU Pamer 42 Karya Seni – Momentous bukti siswa kuasai teori, praktikal

||
- Diterbit 11 November 2022 10:50 AM MYT

KETUA projek Momentous iaitu Cheah Jun Tin memaklumkan program yang akan berlangsung pada esok hari akan memanfaatkan siswa Quest International University (QIU) sekali gus memberi pendedahan bakat mereka kepada pakar industri terutamanya pengiklanan.

Jelas Cheah, Momentous menyediakan peluang dan landasan untuk siswa agar dapat menimba pengalaman industri sebelum meneruskan latihan industri.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu para pelajar untuk melatih kemahiran mereka terutamanya dalam kemahiran interaksi komunikasi, berfikiran kritis dan bertanggungjawab.

“Dalam pengiklanan mestilah menggunakan pengetahuan praktikal dan bukannya pengetahuan teori sahaja.

“Tetapi saya bukannya menyatakan teori itu tidak penting, tetapi kedua-duanya saling melengkapi,” ujarnya.

KETUA projek Momentous iaitu Cheah Jun Tin

Katanya lagi, pakar industri turut mengintai siswa berbakat dan menawarkan peluang pekerjaan.

“Ini bukan sahaja dapat membantu pakar industri untuk mencari calon yang berbakat dan boleh menyumbang kepada syarikat mereka, bahkan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan.

“Oleh itu, penting untuk pelajar mula menghadapi struktur perindustrian dari kekal dalam zon selesa mereka.

“Justeru kesemua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengiklanan, Universiti, dan pakar perindustrian akan mendapat manfaat daripada struktur yang saling berkaitan melalui Momentous,” tambahnya.

Untuk rekod, Momentous 2022 yang akan diadakan di Kafe La Place, QIU dari pukul 10 pagi sehigga pukul 1 petang.

Momentous adalah perintis siri pertama yang diterajui oleh siswa kohort April 2020, dan Oktober 2020 daripada bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklanan.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas