Selebriti

Shuib bersyukur, solat jenazah ghaib Siti Sarah di Masjidil Haram

- Diterbit 10 Ogos 2021 6:12 AM MYT

PELAWAK dan usahawan terkenal Shuib menerima satu potongan video yang merakamkan sesi solat jenazah ghaib yang dilakukan langsung dari Masjidil Haram buat Allahyarham isterinya, Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19, pagi Isnin.

Video berkenaan dikirimkan kepada pengurus arwah isterinya, Nana Mohamad Rom dari Indigital Music.

Menerusi kiriman WhatsApp tersebut, pengirim dia tidak menyangka doa buat Siti Sarah hingga ke Makkah.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar arwah isterinya tenang di alam sana.

“Dapat kiriman video solat ghaib jenazah dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang you ibu, bergembiralah di syurga bidadariku, Siti Sarah,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi kiriman WhatsApp yang dberikan Shuib kepada pengurus arwah isterinya iaitu Nana Mohamad Rom, dia tidak menyangka doa buat Siti Sarah hingga ke Makkah.

“Saya pun tidak tahu (sesi solat ghaib yang dilakukan), ada yang hantar video ini pada saya. Dia cakap, meriah sungguh sambutan Allah SWT untuk Sarah ke perjalanan yang seterusnya.

“Sampai ke Masjidil Haram orang doakan dia, terima kasih,” kata Shuib.

Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akibat COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Jumaat lalu, Siti Sarah yang terpaksa ditidurkan, melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang.

Sebelum ini pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas