Selebriti

Shuhaimi Lua masuk wad gara-gara stres di lokasi ‘Oh My Hantaran’

- Diterbit 26 Oktober 2021 5:59 AM MYT

AKIBAT stres menyiapkan drama bersiri terbaharu arahannya iaitu Oh My Hantaran (TV9), Shuhaimi Lua dimasukkan ke wad hospital swasta KPJ Damansara kerana disahkan darah tinggi.

Menurut Shuhaimi, dia dibawa oleh pembantu peribadi ke Hospital Tawakal, Kuala Lumpur, tengah hari semalam selepas mengalami muntah-muntah.

“Selepas makan tengah hari semalam, saya terus muntah-muntah dan badan rasa tak sihat serta lemah.

“Disebabkan tak tahan, pembantu peribadi saya terus bawa ke Hospital Tawakal sebelum dipindahkan ke KPJ Damansara ini.

“Apabila diperiksa doktor, saya disahkan darah tinggi akibat stres. Sejujurnya saya memang stres kerana mengejar masa nak habiskan shooting Oh My Hantaran yang masih berbaki 20 hari.

“Dalam masa yang sama saya sedang membuat persiapan untuk shooting telefilem Cincin Pusaka. Tambahan pula, jadual artis pun semakin padat,” ujarnya.

Shuhaimi juga berharap orang ramai mendoakan agar dirinya cepat sembuh.

Sebelum ini, pelakon utama Oh My Hantaran iaitu Noki Kclique dimasukkan ke wad disebabkan denggi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas