Selebriti

Shila Amzah, Ubai bertunang

- Diterbit 28 Mei 2023 5:00 AM MYT

PENYANYI Shila Azmah,33, telah bertunang dengan kekasih hatinya pempengaruh popular Ubai,25.

Shila menerusi Instagramnya berkongsi gambarnya berpakaian sedondon berwarna ungu bersama Ubai sambil tersenyum di pelamin pertunangan mereka.

“Alhamdulillah, terima kasih buat semua kawan-kawan yang tolong kami ‘settle’ majlis ini. Ubai dan saya mahukan majlis pertunangan yang intim. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

“Terlebih terkurang dari pihak keluarga Sha, kami minta maaf ya.

“Dan yang terakhir terima kasih buat semua yang mendoakan kami. Semoga kami kuat menghadapi apa yang mendatang,” tulisnya di bahagian kapsyen.

https://www.instagram.com/p/Csvhzy8vZWg/?igshid=MmJiY2I4NDBkZg==

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan rapat sejak tahun lalu.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.

Menurut Ubai, dia sudah mengenali Shila sejak 2011, tapi hubungan mereka bertambah akrab sekitar 2014.

Sekadar info, Shila bercerai talak satu dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas