Utama

Shahidan tinjau kawasan Pasar Awam Presint 8

KHEMAH sementara yang dilengkapi lampu dan kipas untuk kemudahan peniaga.
- Diterbit 12 November 2021 4:39 AM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turun meninjau kawasan pasar awam sementara di Presint 8.

SHAHIDAN beramah mesra dengan peniaga ketika meninjau keadaan tapak sementara Pasar Awam Presint 8.

Beliau yang diiringi Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, sempat beramah mesra dengan peniaga-peniaga pasar awam Presint 8 dan meninjau kerja baik pulih kompleks pasar awam ini.

Sebanyak 20 khemah sementara yang dilengkapi dengan lampu dan kipas disediakan bagi memudahcara peniaga beroperasi seperti biasa dalam tempoh baik pulih. Kerja-kerja baik pulih bangunan pasar tersebut mengambil masa kira-kira tiga bulan dan ia dijangka siap pada Januari 2022.

Terdahulu, kompleks pasar awam Presint 8 ditutup bagi menjalankan kerja baik pulih sekali gus menyulitkan peniaga di pasar tersebut.

PPj memberikan diskaun sebanyak 50 peratus kepada peniaga yang terlibat disamping mereka turut menerima pengecualian fi lesen bagi penjaja kecil sehingga 31 Disember ini.

Seterusnya kerja-kerja naik taraf seperti pemasangan papan tanda harga jualan, penggantian papan tanda gerai, penggantian rak sayur dan buah, pemasangan papan tanda nama bangunan dan mengecat semula bangunan dijangka dilaksanakan secara berfasa mulai Januari 2022. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas