Berita

SHAH ISKANDAR Timang Cahaya Mata Sulung

- Diterbit 10 Oktober 2020 5:43 PM MYT

SETELAH empat tahun berkahwin, isteri pelakon Shah Iskandar,38,  selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka sebentar tadi.

Menerusi instagram dan facebook isterinya, Sarah Norris atau nama sebenarnya Siti Sarah Mohd Noor meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan, namun akan mendedahkan jantina dan nama bayi dalam masa terdekat. 

“Alhamdulillah. Tanggal 10.10.2020 saya selamat melahirkan seorang bayi sihat seberat 3.66 kg. Terima kasih atas doa kalian semua. 

“We’ll update the name and gender soon ya. Cer teka ikut muka Mummy or Papi dia?” Tulisnya. 

Sebelum ini, Shah memberitahu berita kehamilan isterinya diterima selepas pulang dari menjalani penggambaran di Uzbekistan dan Makkah pada awal Februari lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 16 Januari 2016 di Singapura. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas