Berita

“Setiap orang melakukan kesalahan” – Shuk Sahar

- Diterbit 27 Januari 2021 10:09 PM MYT

KONTROVERSI didakwa curang dan digantung kerja sebagai penyampai radio Hot FM memberi tamparan hebat buat Shuk Sahar.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, Shuk meluahkan rasa di instagramnya.

“Setiap orang melakukan kesalahan. Dan ini adalah kesilapan dan kesalahan saya. 

“Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh. 

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya,” tulisnya. 

Terdahulu, kisah rumah tangga bergolak Shuk kembali tular dan menjadi bualan dalam laman sosial apabila isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mendakwa suaminya curang.

Menerusi beberapa entri yang dimuat naik di Instagram (IG), Sera mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Shuk juga pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratul Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Baru-baru ini Shuk digantung kerja sebagai penyampai radio Hot FM bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman mengenai isu yang sedang tular dalam media sosial. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas