Berita

Serina selamat bernikah kali kedua

- Diterbit 9 April 2021 8:54 AM MYT

PELAKON dan pengacara popular Serina Redzuawan, 38, kini sah menjadi isteri kepada penjawat awam Aidid, hari ini.

“Bismillahirahmanirahim, sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan saya dah selamat mendirikan masjid bersama suami.Majlis nikah kami secara tertutup sahaja.

“ Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz.

“Alhamdulillah dialah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku.

“Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, insya Allah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.

“ Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina dan Aidid semangat serta doa.

“Sayang terima kasih terima I seadanya dan kita saling melengkapi kekurangan, moga mendapat redha Allah SWT. Amin..” tulisnya.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward OLuanaigh pada 1 Januari 2010 namun berpisah pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef, 11 dan Isabella Saffuya berusia 10 tahun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas