Berita

Penjawat awam ditemui mati

- Diterbit 3 Mac 2021 1:07 PM MYT

SEORANG penjawat awam ditemui mati dalam keadaan terduduk di rumah kediamannya di Perumahan Taman Mutiara Sungai Bedaun, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai terdapat cecair seperti darah menitis dari siling rumah jirannya.

Katanya, mangsa merupakan warganegara berumur 44 tahun dan pemeriksaan awal mangsa ditemui dalam keadaan duduk di atas kerusi sofa di ruang tamu rumah tersebut yang terletak di aras empat.

” Keadaan mayat mangsa didapati telah mengeluarkan cecair yang busuk dipercayai mangsa telah meninggal dalam anggaran tiga ke empat hari sebelum ditemukan.

” Siasatan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan atau luka ditemui,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ibrahim, kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa telah hantar ke Hospital Labuan bagi siasatan lanjut.

” Kes disiasat di bawah Laporan Kes Kematian Mengejut,” katanya. – KHAIRUL – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas