Berita

Seorang lagi sembuh, Malaysia mampu tangani wabak Covid-19

- Diterbit 17 Februari 2020 11:32 AM MYT

PUTRAJAYA – Rakyat tempatan pertama yang terkena jangkitan Coronavirus Diease 2019 (Covid-19) baru-baru ini, dilaporkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, individu berusia 41 tahun itu merupakan kes ke-9 Covid-19 dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Dengan itu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang sembuh adalah sembilan orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham memberitahu, tiada kes baru dilaporkan hari ini yang mana jumlah kumulatif adalah 22 kes iaitu hanya 13 kes yang masih dirawat di wad.

Tambah beliau, KKM mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerjanya yang berkerja keras dalam menangani kejadian Covid-19 di Malaysia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas