Berita

Sentuhan pemain ‘Amerika Syarikat’

PEMAIN bolasepak dibenarkan berlatih tanpa sentuhan badan dengan melakukan penjarakan sosial tiga hingga lima meter. PEMAIN bolasepak berlatih tanpa sentuhan badan dengan melakukan penjarakan sosial tiga hingga lima meter.
- Diterbit 10 Januari 2020 3:13 AM MYT

Oleh MUHAMAD NABEEL
[email protected]

KUALA LUMPUR – Kejohanan AFC Bawah 19 tahun di Tashkent, Uzbekistan Oktober depan menyaksikan skuad bola sepak muda negara berkemungkinan besar akan turut dibariskan daripada pemain kelahiran Amerika Syarikat.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus pasukannya, Kamarul Ariffin.

Menurutnya, dia sedang berusaha membawa pulang seorang pemain muda berbakat yang berpangkalan di sana untuk memperkuatkan barisan pemain skuad muda kebangsaan menghadapi AFC.

KAMARUL

“Kami menghormati situasi pemain berkenaan untuk mendapatkan kad pengenalan Malaysia. Pemain tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah dalam hal ini kerana kedua-dua ibu bapanya berasal dari sini,” katanya.

Beliau juga turut menyatakan bahawa perancangan rapi sedang giat dijalankan dan skuad muda negara akan berguru di India bermula Mac ini dan di Perancis pada September bagi menghadapi cabaran getir di Tashkent nanti.

“Kami telah dijemput untuk menyertai Piala Perancis pada September nanti dan menjadi satu-satunya pasukan dari Asia yang akan bersaing dalam kejohanan itu,” tambahnya.

Skuad muda negara perlu sekurang-kurangnya muncul empat pasukan terbaik dalam kejohanan tersebut bagi membolehkan mereka layak secara automatik ke Piala Dunia bawah 19 tahun di Jakarta, Indonesia. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas