Berita

Seni silat Sukmo Rogo merentasi zaman

SUKMO Rogo tetap jadi pilihan generasi muda. SUKMO Rogo tetap jadi pilihan generasi muda.
- Diterbit 9 Januari 2022 5:00 AM MYT

SENI. Silat Sukmo Rogo mula diperkenalkan di daerah Kajang, Selangor pada tahun 1918.

Kemudian pada tahun 1925 seorang pendekar bernama Sukimin Marto telah mempelajari seni ini daripada Haji Sirat yang menetap di Kajang.

Setelah memiliki ilmu persilatan itu, beliau terus merantau ke seluruh pelosok negeri sehingga kembali menetap di Batu 12 Jalan Cheras-Kajang.

Pada tahun 1956, ketika di Kajang, beliau dikunjungi seorang kenalannya yang merayu supaya diajarkan ilmu persilatan yang diwarisi.

Bermula dari saat itu, Silat Sukmo Rogo diperkenalkan sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1986.

Sehingga kini, pencak silat Sukmo Rogo telah melalui tiga generasi di daerah Kajang sejak ia mula dibawa dari tanah Jawa, Indonesia.

Malah ilmu seni ini masih hidup dan diminati oleh anak muda sekitar Kajang dan
Kuala Lumpur.

Walaupun bertahun kehilangan Pak Guru Sukimin Marto namun namanya dan seni Sukmo Rogo masih menghijau dan mekar dengan munculnya ramai murid-murid baharu yang bakal meneruskan legasi seni indah tersebut. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas