Berita

“Sendat, ketat, melekat” – Netizen komen Shah Iskandar berpakaian sukan

- Diterbit 24 Mei 2021 7:49 AM MYT

SERONOK tengok pelbagai komen ‘nakal’ netizen apabila pelakon Shah Iskandar memuatnaik gambar terbaharunya berpakaian sukan.

Hantaran di Instagram miliknya itu disertakan dengan kapsyen gurauan mahu ‘test market’.

“‘Test market’ ‘onlyfans’!” tulisnya.

Namun, dalam hantaran sama, Shah berkongsi berlari adalah senaman yang terbaik untuk semua peringkat umur.

“Ok, ini ayat serius. Berlari sebenarnya senaman yang bagus untuk semua,” katanya.

Rata-rata netizen memberi komen nakal serta mengusik pelakon ini yang memakai seluar yang agak ketat.

“Sendat, ketat, melekat”
“I lemas, I perlukan bantuan pernafasan sekarang”
“Wow only fans, not bad”
“PKP diperketat-ketatkan”
“Bro pakailah skirt extender”
“Kemain Seksi”

Itulah antara komen-komen netizen.
Apa-apa pun jangan serius sangat!

Dalam keadaan ramai yang stres sekarang, sekali sekala tidak salah untuk artis bergurau manja dengan netizen. Tak gitu? – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas