Berita

Sembilan individu sesat di Marinding Trail selamat dibawa turun

KESEMUA mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa turun kira-kira dua jam selepas kejadian.
- Diterbit 14 September 2021 1:51 AM MYT

SEMBILAN individu termasuk seorang kanak-kanak berumur 3 tahun berjaya diselamatkan selepas dilaporkan sesat dalam hutan di bukit Marinding Trail di sini,malam semalam.

Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.34 petang.

Seramai lapan anggota bomba telah dikerahkan dan sampai di lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian.

Katanya, seorang mangsa wanita mengalami kecederaan ringan dibahagian kaki dan mangsa dibawa turun menggunakan stracer (pengangkut) dan dihantar ke Hospital Labuan untuk mendapatkan rawatan.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa turun kira-kira dua jam selepas kejadian.

Pada petang Isnin, JBPM Labuan menerima panggilan kecemasan mengenai sembilan individu tersesat di bukit Marinding Trail ketika melakukan aktiviti mendaki bukit. – WILAYAHKU –

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas