Berita

Selepas jaga pengurus demam, Aeril Zafrel disahkan positif COVID-19

- Diterbit 21 Januari 2021 8:01 AM MYT

PELAKON popular, Aeril Zafrel dan pengurusnya, Aman disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan, semalam.

Menerusi instagram, Aeril berkata, dia mungkin dijangkiti virus itu ketika menghantar pengurusnya yang mengalami demam panas ke klinik, Isnin lalu.

“Malam tadi aku mendapat perkhabaran aku positif COVID-19. 

“Hari Isnin aku pergi ke rumah pengurus sebab dia demam. Jadi aku ke sana sebab kebiasaannya aku yang akan jaga kalau di sakit teruk sebelum ini.

“Jadi sebab hari pun dah lewat, jadi aku decide untuk tidur sana,”katanya yang  merancang mengambil keputusan  menjalani ujian saringan COVID-19 keseesokannya. 

“Selasa esoknya aku angkut dia pergi klinik dan ambil swab test PCR sekali dengan aku. 

“Lepas tu aku jumpa staf untuk briefing launching virtual online product hujung bulan ni dan aku balik rumah terus.

“Rabu, result keluar Aku dan manager positif (COVID-19).

“Immediately aku panggil Kumpulan Megaklinik Zahran, untuk swab test famili dan staf Aku sebab ada jumpa dorang 

“Swab test RTK kesemua merek negatif dan masih menanti result PCR pula. Doakan negatif juga,” ujarnya lagi yabg kini menjalani kuarantin dalam sebuah bilik di kediamannya. 

“Sekarang aku kuarantin diri dekat bilik atas. Nak isi masa 10 hari ni dengan macam-macam aktiviti kat bilik.

“Doakan guys. Sekarang pengurus aku dah sembuh dan tak demam lagi, tapi tetap self quarantine,” luahnya lagi.

Semoga Aeril, pengurus dan keluarga sentiasa berada dalam rahmatNya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas