Selangor catat cubaan rentas negeri tertinggi
ANGGOTA polis dan ATM membuat pemeriksaan dalam sekatan jalan raya untuk elak orang ramai merentas negeri tanpa kebenaran.

Selangor catat cubaan rentas negeri tertinggi

PUTRAJAYA – Selangor menjadi negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri paling tinggi di seluruh negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rekod didapati sebanyak 317 cubaan dilakukan dengan alasan untuk pulang ke kampung.

Kata beliau, ia kemudian diikuti Melaka sebanyak 89 cubaan dan Kedah (80) hasil 153 sekatan jalan raya dan 102,852 kenderaan yang diperiksa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Secara keseluruhan terdapat 738 cubaan rentas negeri di seluruh negara semalam.

“Bagaimanapun, jumlah itu didapati berkurangan berbanding 1,243 yang dicatatkan kelmarin,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari.

Jelas beliau, seramai 65 individu turut ditahan dengan 57 daripadanya direman manakala lapan lagi dijamin polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – WILAYAHKU

CATEGORIES