Berita

Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan bakal diambil alih KPM

YUSUP (tengah) menyaksikan majlis sesi menandatangani pejanjian persefahaman (MoU) di antara Jabatan Pendidikan Labuan dengan agensi kerajaan dan swasta. YUSUP (tengah) menyaksikan majlis sesi menandatangani pejanjian persefahaman (MoU) di
- Diterbit 20 November 2021 8:00 AM MYT

SEKOLAH Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasmi pada Januari tahun depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohammad berkata, peralihan operasi itu telah dipersetujui menerusi menandatangani persefahaman (MoU) di antara pada Jun lalu, sekolah itu yang akan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Pengoperasian sekolah ini masih menggunakan premis sedia ada yang dikendalikan oleh MAIWP iaitu di Sekolah Rendah Agama Lubok Temiang dan MAIWP telah pun bersetuju menyerahkan bangunann itu untuk dijadikan sebagai SABK.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Eksekutif Talk PIBKS di sebuah hotel di sini, pada Sabtu lalu. Yusuf memaklumkan, sehingga kini SMA tersebut mempunyai sekitar 400 pelajar membabitkan tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Katanya, kesemua 30 guru kontrak di sekolah agama MAIWP akan diserap sebagai guru berstatus tetap di bawah KPM.

Terdahulu, Kerajaan persekutuan bersetuju untuk membina sebuah sekolah menengah agama di Kg Sg Bedaun di sini bernilai RM65 juta di bawah Bajet 2022. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas