Berita

Sebuah tapak binaan di ibu kota ditutup, 44 pekerja positif Covid-19

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
- Diterbit 26 Mei 2020 10:29 AM MYT

PUTRAJAYA – Sebuah tapak pembinaan di sekitar Kuala Lumpur diarah tutup selepas terdapat jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu hasil saringan swab Covid-19 dilakukan terhadap 400 pekerja dengan 44 daripadanya positif yang telah dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata, mereka yang merupakan kontak rapat turut diwajibkan menjalani kuarantin.

“Arahan CIDB adalah mana-mana tapak binaan yang mahu memulakan operasi diwajibkan melakukan swab test terhadap pekerja warga asing.

” Justeru tindakan ini tepat bagi mengelakkan mereka keluar ke tempat-tempat awam seperti di Kuala Lumpur City Center (KLCC) contohnya dan menyebarkan virus itu dalam musim perayaan ini,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari.

Beliau turut menegaskan, seramai 27,383 pekerja tapak binaan telah disaring Covid-19 oleh majikan masing-masing sehingga hari ini.

Di samping itu, Ismail Sabri berkata,
sebanyak 5,236 tapak pembinaan telah diperiksa dengan 728 daripanyanya mematuhi prosedur standard operasi (SOP).

“Rekod menunjukkan 209 tidak patuhi SOP dan diberikan amaran manakala tujuh diarah tutup,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas