Utama

Sebahagian laluan di Jalan Kuching menghala Selayang, Pusat Bandar ditutup

- Diterbit 22 November 2019 8:32 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Sebahagian laluan di Jalan Kuching menghala ke Selayang dan Pusat Bandar akan mengalami gangguan aliran trafik serta penutupan jalan bermula pukul 5 petang, 23 November (Sabtu) ini.

Pengarah Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Azmir Ahmad berkata, penutupan sebahagian laluan tersebut adalah dari Bulatan Segambut ke Selayang dan laluan menghala ke pusat bandar sepanjang 950 meter.

“Penutupan sebahagian jalan ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih dan menurap semula jalan dilaksanakan.

“Kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Azmir, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat di papan tanda sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelakkan kekeliruan serta kesulitan.

Tambah beliau, orang awam boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL di talian 03-26179000 jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai jalan terbabit. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas