Berita

Sebahagian Jalan Istana ke Sungai Besi ditutup sehingga 31 Ogos – DBKL

- Diterbit 27 Ogos 2020 11:07 AM MYT

SEBAHAGIAN laluan di susur Jalan Istana ke Sungai Besi menghala Seremban (lorong paling kiri) akan ditutup mulai 9 malam hingga 11.59 malam bermula 28 hingga 31 Ogos ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja-kerja pengisaran dan penurapan semula jalan di sebahagian jejambat laluan berkenaan, dilaksanakan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan serta sebarang kesulitan yang timbul,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Orang awam boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, DBKL di talian 03-2617 9000 jika ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai penutupan jalan berkenaan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas