Berita

“Sayu, Sedih Setiap Kali Tengok Muka Adik Mat” – HAFIZ NAFIAH

|HAFIZ seronok bertemu dengan Adik Mat.|SEMOGA Adik Mat segera sembuh dan segalanya dipermudahkan. Amin..|
- Diterbit 1 Disember 2020 3:58 AM MYT

PELAKON yang juga Setiausaha Agung Persatuan Seniman (SENIMAN), Hafiz Nafiah meluahkan rasa sebaknya apabila berpeluang menziarahi seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di Damansara, malam tadi.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Adik Mat ini mempunyai masalah kepala besar sejak berusia empat bulan, buta dan pekak. 

Menerusi media sosial Facebook, Hafiz memanjatkan rasa syukur hasratnya untuk menyampaikan amanah orang lain berjalan lancar.

HAFIZ seronok bertemu dengan Adik Mat.

“Alhamdulillah hari ni saya pinjam semangat Ustaz Ebit Lew untuk menjadi pengantara kepada penyumbang duit untuk menyampaikan amanah mereka kepada adik Mat seorang kanak-kanak OKU yang buta, cacat pendengaran dan mempunyai masalah kepala besar sejak berusia 4 bulan.

“Anak istimewa ini ditinggalkan di Damansara sejak 15 hari dilahirkan..Allahuakbar.. 

“Sayu dan sedih setiap kali tengok muka adik Mat ni, kulit dia lembut dan licin je, bau wangi,” katanya yang hadir menyampaikan bantuan hasil derma daripada ramai kenalan Facebook.

SEMOGA Adik Mat segera sembuh dan segalanya dipermudahkan. Amin..

Menurut Hafiz, penjaga Adik Mat tidak pernah berasa terbeban selama dia menjaga kanak-kanak istimewa itu. 

“Adik Mat ni sehari 5 kali minum susu. Adik Mat ni hanya minum susu sahaja tak makan benda lain, penjaga adik Mat ni cakap adik mat ni senang sangat nak jaga.

“Begitulah anak syurga yang sangat mulia. Saya doakan agar adik Mat ni dipermudahkan urusan dia dan penjaga dia semoga Allah tambah nikmat dan ganjaran kepada penjaga adik Mat ni.

“Hari ini saya membeli 7 kampit susu dan 5 beg pampers untuk adik Mat hasil sumbangan kawan-kawan Facebook dan Instagram saya.

“Alhamdulillah saya telah menyampaikan amanah kalian semoga dengan sumbangan ini menjadi asbab Allah mengangkat darjat para penyumbang sesungguhnya Allah berfirman dalam Al-Quran tidak akan miskin orang yang bersedekah..Allahuakbar..

“Saya hanya penyampai amanah sahaja, terima kasih sekali lagi buat semua yang sudi bersedekah, sekiranya kalian ingin memberikan sumbangan boleh dm atau pm saya, InshaAllah saya akan sampaikan sumbangan kalian,” katanya lagi.

Semoga usaha Hafiz dan mereka yang terlibat menjadi inspirasi buat semua. 

Kepada sesiapa yang mahu menyampaikan sumbangan buat Adik Mat boleh hubungi Hafiz di Facebook: Hafiz Nafiah. – WILAYAHKU

Foto: Facebook Hafiz Nafiah

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas