Berita

“Saya Sedar Saya Orang Kampung Miskin Susah, Layak Dihina” – WANI COMEL Kecewa Dikecam

- Diterbit 4 Disember 2020 11:22 PM MYT

SUSULAN pendedahan gadis obesiti yang mendakwa dirinya teraniaya dan dipergunakan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Ada yang bersimpati dan berharap Wani mendapat hak yang yelah dijanjikan. Dalam masa yang sama, ada yang mengecam Wani kononnya pemalas dan seorang yang tidak mengenang budi orang yang dikaitkan iaitu usahawan kosmetik,  Datuk Aliff Syukri.

ALIFF Syukri menganggap tindakan Wani seolah-olah seperti mahu menjatuhkan nama baiknya. Semoga segalanya dipermudahkan.

“Terima kasih pada semua yang menghina dan mengecam saya dengan pelbagai panggilan. 

“Saya sedar saya orang kampung miskin susah dan sebab itu saya layak dihina. Tak apalah saya serahkan pada Allah taala. Allah tidak tidur. Doa-doa insan yang teraniaya tiada hijabnya. 

“Nasihat saya pada mereka di luar sana, janganlah jadi macam saya yang terlalu naif dan terlalu percayakan golongan yang kaya hingga diri sendiri kerana,” tulis Wani Comel di instagramnya. 

Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik dan segalanya dipermudahkan. Amin.. – WILAYAHKU

Foto: Kosmo (Fariz Rusadio)

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas