Berita

“Saya kagum dengan beliau” – Haqiem Rusli puji A Aida, ada apa-apa ke tu?

|HAQIEM Rusli muncul dengan lagu baharu berjudul Mimpi
- Diterbit 7 Januari 2021 7:35 AM MYT

PENYANYI kacak bersuara mantap, Haqiem Rusli, 23, mengaku mengagumi keperibadian produser terkenal Datuk A Aida,49. 

Haqiem berkata demikian apabila diberi peluang bergandingan dengan A Aida untuk menghasilkan lagu dan lirik Mimpi.

“Ini pengalaman pertama saya berkerja dengan Datuk A Aida dalam studio. Saya suka semangat  dan kesungguhan beliau sewaktu bekerja. 

“Saya kagum dengan beliau. Bukan sahaja wanita yang berjaya dalam perniagaan malah ibu tunggal yang gigih tanpa kenal erti putus asa,” puji Haqiem terhadap A Aida. Ada apa-apa ke tu? 

Lagu Mimpi adalah lagu terbaharu Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli.

Setelah hampir lima tahun bergelar artis di bawah naungan FMC Music, Haqiem melancarkan single ke-14 di awal tahun 2021. 

HAQIEM Rusli muncul dengan lagu baharu berjudul Mimpi

Lagu yang menjadi runut bunyi drama bersiri Bidadari Salju (TV3) ini mendapat perhatian peminat sewaktu episod pertama drama itu ditayangkan di kaca televisyen.

“Ramai yang DM (direct message di instagram) saya dan bertanya kenapa bila cari di youtube muzik video rasmi lagu Mimpi tiada?

“Pertanyaan itu membuatkan saya rasa sangat gembira dan rasa dihargai peminat. Dan untuk mereka yang ternanti-nanti muzik video mimpi, anda semua boleh menonton di saluran youtube FMC Music mulai malam ini.

“Bila ramai yang bertanya saya pula yang rasa teruja seolah-olah ini single pertama saya yang baru nak keluar, lain macam pula rasanya, mungkin lagu ni nak meletop luar biasa kut! Kata Haqiem berseloroh. 

Menurut Haqiem, dia mengharapkan yang terbaik untuk lagu Mimpi setelah bekerja keras.

“Bohong kalau saya kata saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Ini lagu saya mestilah saya harapkan sesuatu dari hasil kerja keras saya. 

“2021 ini saya nak orang mengenali Haqiem Rusli bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi saya mahu mencipta jenama sebagai Komposer yang disegani seperti Datuk  M.Nasir dan Datuk Ahmad Nawab. Itu matlamat dan sasaran saya untuk tahun baru ini.

“Saya harap single kali ini berjaya mencatatkan tontonan lebih 20 juta mengatasi catatan tertinggi lagu saya sebelum ini, Selamat Tinggal Sayang. 

“Kalau anda sayang saya sudi-sudikanlah tonton muzik video Mimpi dan muat Naik lagu Mimpi ya! Lagu ini buah tangan saya di tahun baharu 2021 buat semua peminat yang saya kasihi, kita bagi view lebih 50 juta pula kali ini. Ada berani ?”  Gurau Haqiem

Jangan lupa tonton video muzik Mimpi yang disiarkan pada pukul 8 malam ini di saluran youtube FMC Music. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas