WK2

Sanggup lepas kerjaya asal demi ketenangan diri

JENAMA Watt De Clown semakin dikenali dalam kalangan kanak-kanak.
- Diterbit 27 Januari 2020 2:30 AM MYT

KERJAYA sebagai badut boleh membawa kepuasan yang tidak terhingga kepada seseorang yang memilih untuk melakukan perkara tersebut meskipun perlu meninggalkan profesion asal.

Menurut Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Fauziah Mohd. Saad, setiap individu punya keinginan tersendiri dan itu bukanlah sesuatu yang pelik.

“Dari segi luarannya kita sendiri tahu tugas badut itu adalah menggembirakan orang lain. Secara psikologinya apabila kita melakukan hal itu maka kita juga turut menerima auranya.

“Ternyata mereka sebenarnya lebih mencari ketenangan dalam kerjaya yang diceburi dan yang pasti
bebas daripada arahan orang lain,” ujarnya.

Katanya lagi, apabila seseorang itu sanggup melepaskan kerjaya profesional demi menjadi badut maka pasti ada sesuatu yang berharga pada pilihannya itu.

“Hampir setiap hari ada sahaja majlis keraian maka permintaan terhadap badut juga tinggi dan sudah tentu ia memberi lebih pulangan yang lumayan buat mereka,” ujarnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas