Selebriti

Sang Purnama satukan Wany Hasrita, Wani Syaz

- Diterbit 23 Januari 2022 7:45 AM MYT

DUA penyanyi muda yang memiliki bakat besar, Wany Hasrita dan Wani Syaz kini tampil dengan lagu duet berjudul Sang Purnama yang mengetengahkan genre etnik pop.

Lagu ciptaan Sang Hitam, Mas Dewangga dan Aden King, manakala liriknya ditulis Sang Hitam ini diilhamkan dari kisah percintaan Adam dan Hawa.

Menurut Wany Hasrita, satu kepuasan kepada dirinya apabila berjaya memberikan yang terbaik dan memenuhi kehendak komposer dalam merakamkan lagu Sang Purnama.

“Dah tentulah sebagai penyayi saya mahu hasilkan karya yang bagus, saya hayati bait bait lirik dan melodi lagu ini beberapa hari sebelum tarikh rakaman.

“Dan saya juga buat beberapa rujukan dengan mendengar lagu- lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kak Noraniza Idris, selain mendengar lagu – lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

“Saya cuba terapkan dalam lenggok nyanyian saya. Memang susah tetapi sebagai anak seni saya kena rajin jika nak majukan diri.

“Ingatkan saya seorang saja yang buat macam tu, rupa-rupanya Wani Syaz juga buat perkara yang sama. Ini kerana kami nak pastikan hasil karya kali ini menjadi sesuatu yang boleh dibanggakn,” ujarnya.

Manakala Wani Syaz pula mengaku terlalu menghayati lagu Sang Purnama ini sehingga menyebabkan dirinya menangis.

“Pertama kali saya menangis dalam studio. Memang terkejut juga la Sang Hitam dan abang Lan Laga yang ditugaskan untuk guide Vokal malam tu.

Ini kerana tiba – tiba saya menangis dan terhenti nyanyi. Malu pun ada, tapi sebab masa tu saya dah tak dapat kawal perasaan penat, vokal saya dah mula terketar- ketar dan ditambah pula saya tengah rakam bait lirik ‘Kerna Sedalam-dalam Rindu Mu Akhirnya Bertaut Semula’.

“Sebenarnya kalau hayati lirik lagu ni betul betul memang boleh rasa sayu. Sebab lirik lagu ni menggambarkan tentang perasaan Siti Hawa sewaktu berpisah dengan Nabi Adam A.S .

“Ditambah pula waktu itu memang dah menjelang ke tengah pagi. Jadi memang pakej la perasaan tu. Tu yang tak tahan terus menangis,” ujarnya.

Menurut pencipta dan penulis lirik lagu ini iaitu Sang Hitam, di peringkat awal lagu ini dicipta memang berpaksi dan merujuk kepada lagu – lagu nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza.

Ini kerana beliau mengambarkan satu karya yang berteraskan lagu etnik pop dan padang pasir.

Sang Purnama merupakan lagu berentak etnik pop ini dicipta oleh Sang Hitam, Mas Dewangga dan Aden King. Manakala lirik diilhamkan sepenuhnya oleh Sang Hitam.

Menurut Sang Hitam lagu ini diilhamkan dari kisah percintaan Agong Nabi Allah Adam A.S dan Siti Hawa, tetapi ianya lebih memfokuskan tentang gambaran luahan perasaan Siti Hawa.

Muzik video Sang Purnama telah dilancarkan pada 20hb Januari 2022 di saluran Youtube FMC Music, manakala lagu (audio) dilancarkan serentak mulai 21 Januari 2022 di seluruh saluran digital dan radio. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas