Biz

Samsung lancar model baharu penyaman udara bebas angin

Samsung
PENYAMAN udara model terbaharu, AR9500M keluaran Samsung Electronics AR9500M.
- Diterbit 13 September 2019 10:24 AM MYT

KUALA LUMPUR –Samsung Electronics Malaysia melancarkan teknologi penyejukan terbaharu dengan penyaman udara tanpa angin baharu untuk menangani cuaca panas selain menyediakan suhu dalaman lebih sejuk dan kecekapan tenaga optimum.

Ketua Perniagaan Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Electronics, Jimmy Tan berkata, penyaman udara AR9500M menyediakan penye­lesaian ideal kepada para pelanggan dengan mengekalkan suhu bilik yang selesa, menggunakan teknologi Penyejukan Bebas Angin untuk menyalurkan udara sejuk melalui 21,000 lubang udara mikro.

“Penyejukan bebas angin adalah sistem penyejukan dua sistem iaitu merendahkan suhu dalam ‘Fast-Cooling Mode’ kemudian secara automatik beralih ke ‘Wind-Free Mode’.

“Pendekatan ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 72 peratus berbanding ‘Fast-Cooling mode,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, Sam­sung ber­usaha menye­diakan penyelesaian inovatif melalui teknologi bebas angin dengna menghasilkan udara secara lembut ke seluruh bilik, mengekalkan suhu selesa tanpa sebarang aliran udara langsung yang tidak menyenangkan.

Katanya , model baharu ini mempunyai kebuk masuk lebih luas, membolehkan lebih banyak udara dikeluarkan serentak, dan kebuk luar lebih lebar, v-bilah tambahan dan kipas besar dan 22 peratus lebih besar daripada model sebelumnya.

“AR9500M diaktif­kan dengan WiFi kawalan pintar serta boleh dikawal di mana-mana melalui aplikasi Smart Things Samsung.

“Pengguna boleh mengawal suhu dengan alat kawalan, menyesuaikan tetapan dan menerima kemas kini masa secara masa nyata tentang prestasi penyaman udara dan penggunaan tenaga harian,” katanya.

Samsung menjalankan kempen ‘Revolusi Penyejukan’ sehingga 31 Disember depan dengan pelanggan yang membeli produk ini di Samsung Brand Shops terpilih boleh menikmati jaminan dua tahun penuh termasuk jaminan kompresor selama 10 tahun.

Bersempena dengan Perayaan Gemilang Samsung berakhir pada 30 September ini, pembelian produk ini menawarkan pemasangan percuma.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas