Berita

Saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Episod 3 Ditunda

|
- Diterbit 22 November 2020 12:48 PM MYT

SETELAH penyanyi Alif Satar disahkan positif COVID-19, Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-35 (SFMM35) episod 3 pada malam ini ditunda. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Instagram Muzik-Muzik, keputusan tersebut  dibuat atas faktor keselamatan.

“Atas langkah keselematan Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir Episod 3 malam ini terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak,” ujar kenyataan tersebut.

SFMM35 yang bermula Jumaat lalu itu sepatutnya berakhir pada hari ini dan disusuli keputusan 12 lagu yang berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu.

SAMA-sama kita doakan Alif Satar kembali sembuh dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas