Berita

Sah Bercerai…”Kami Berpisah Secara Baik” – KEITH FOO

|KEITH Foo menganggap bekas isteri dan anak orang penting dalam hidupnya.
- Diterbit 24 Ogos 2020 10:27 AM MYT

TEKA-teki di kalangan peminat akhirnya terjawab apabila pelakon Keith Foo mendedahkan dirinya sah bercerai dengan model, Kim Raymond pada penghujung tahun lalu.

Menurut Keith, 37, dia dan bekas isteri sudah tidak bersama semenjak dua tahun lalu.

“Kami berpisah semenjak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas.

“Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih berhubung dan rapat demi anak, Skylar Raymond Foo,” katanya ketika ditemui di sidang media telefilem Kita Merdeka oleh AEON dan Country Universal Sdn Bhd di One World Hotel, Petaling Jaya sebentar tadi.

KEITH Foo menganggap bekas isteri dan anak orang penting dalam hidupnya.

Keith Foo turut menjelaskan dirinya dan bekas isteri tetap mengekalkan hubungan baik. Baginya, perceraian bukan alasan untuk bermusuh. 

“Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.

“Anak tinggal dengan isteri tetapi setiap hari saya bertemu dengan anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya. 

“Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa, kita tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.

“Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk yang bakal terjadi. Sekarang, situasi yang kami hadapi menjadi lebih baik,” katanya lagi.

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017. – WILAYAHKU

 

Sumber: GEMPAK.COM

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas