RumahPrihatin@GrandSeasons keperluan rakyat – Zara Zya

[email protected] keperluan rakyat – Zara Zya

USAHA Kementerian Wilayah Persekutuan memperkenalkan [email protected] mendapat pujian ramai kerana banyak manfaatnya.

Rumah iaitu pusat kediaman berkonsepkan hotel kebajikan ini berfungsi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 khususnya golongan miskin bandar di Wilayah Persekutuan.

Pelakon popular Zara Zya,35, menganggap [email protected] ini adalah satu harapan buat rakyat yang menjadikan rumah itu sebagai tempat berteduh, mencari makan, berlindung dan mendapatkan vaksin.

“Bagi saya, sebelum ini jarang kita dengar satu hotel yang dijadikan hotel kebajikan untuk rakyat. Apabila wujudnya [email protected], saya melihat langkah ini sangat bagus dan diperlukan rakyat.

“Sepertimana yang kita tahu, ada lima komponen utama yang diwujudkan dalam rumah itu demi memenuhi keperluan rakyat.

“Antaranya adalah Dapur Prihatin yang menyediakan 1000 pek makanan sehari. Ini sangat bertepatan dengan situasi sesetengah rakyat tidak cukup duit untuk membeli makanan.

“Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mempunyai masalah tempat tinggal juga jangan risau kerana sebanyak 300 Bilik Penginapan Prihatin disediakan dengan harga paling minimum yang mampu dibayar,” luahnya yang menganggap ini satu idea yang bagus dalam mengutamakan kepentingan rakyat.

Menurut pelakon Love You Mr. Arrogant itu lagi, komponen lain yang menarik dalam [email protected] adalah fokusnya terhadap Khidmat Kesihatan Mental Prihatin atau KMMP iaitu penyediaan khidmat kaunseling kepada individu terkesan COVID-19.

“Sekarang ini, ramai yang mengalami stres atau gangguan perasaan akibat tertekan dengan situasi yang mencaba sekarang.

“Bukan semua orang boleh melalui dugaan hidup apatah lagi mereka yang tiada sokongan keluarga atau orang tersayang.

“Jadi saya lihat, KMMP ini sangat membantu dalam usaha kita untuk meredakan cabaran yang dihadapi mereka.

“Sanggupkah kita melihat ramai yang bunuh diri akibat stres? KMMP adalah satu langkah bijak,” katanya yang memuji penubuhan [email protected]

Selain itu, hotel kebajikan ini juga turut menyediakan Khidmat Vaksinasi Prihatin iaitu perkhidmatan vaksinasi dengan kapasiti 800 orang sehari.

[email protected] mula dibuka secara berperingkat pada 15 Julai lalu di Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang berhadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.yayasanwp.org/rumahprihatin atau e-mel ke [email protected] atau hubungi helpline di talian 01171107898. – WILAYAHKU

CATEGORIES