Berita

Rumah terbuka Aidilfitri PBBS Labuan meriah, erat silaturahim

ISNIN (tiga dari kiri) menyampaikan duit raya kepada anak-anak komuniti PBBS Labuan pada Majlis Rumah Terbuka di Balai Raya Kilan, baru-baru ini. ISNIN (tiga dari kiri) menyampaikan duit raya kepada anak-anak komuniti PBBS Labuan
- Diterbit 4 Jun 2022 10:00 AM MYT

SAMBUTAN Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Bisaya Bahagian Labuan (PBBS) meriah selepas dua tahun berturut-turut ia tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.

Kira-kira 300 keluarga komuniti menghadiri majlis tersebut yang diadakan di perkarangan Balai Raya Kampung Kilan, baru-baru ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Isnin Aliasnih.

Beliau turut menyeru ahli PBBS agar sentiasa meningkatkan daya saing dan sentiasa menjaga nama baik persatuan (PBBS) dan juga kaum Bisaya itu sendiri agar terus dihormati di negara ini.

“Saya yakin PBBS Labuan mempunyai ramai ahli yang bekerja dan bermastautin di Labuan dapat hidup secara bermasyarakat serta saling bekerjasama dalam apa juga perkara dan hormat menghormati antara satu sama lain.

“Kunjungan ini secara tidak langsung bukan sahaja setakat beramah mesra dan bertanya khabar tetapi juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Alhamdulillah dengan adanya program pada malam ini keakraban kekeluargaan itu dapat dijalin semula,” katanya.

Hadir sama, Naib Presiden PBBS, Datuk Siti Aminah Aching, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBBS, Datuk Johair Matlani, Pengerusi PBBS Labuan, Asnoin Chiplin. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas