Rumah Prihatin: Operasi Klinik Kesihatan Mental Rumah Prihatin sepanjang masa
https://youtu.be/hGq_-Wq-p28

Rumah Prihatin: Operasi Klinik Kesihatan Mental Rumah Prihatin sepanjang masa

MENYEDARI peningkatan kes bunuh diri dan pesakit kemurungan yang berpunca daripada tekanan hidup, Klinik Kesihatan Mental [email protected] akan beroperasi secara berterusan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, individu yang ingin mendapatkan bantuan dan khidmat pakar juga boleh datang terus ke lokasi berkenaan atau menghubungi nombor bantuan yang disediakan.

“Kita juga ada ‘helpline’ dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang berhubung terus memberi maklum balas atau bawa orang itu kepada kita.

“Kita ada keluarkan jadual dan siapa yang bertugas, (klinik) dibuka sepanjang hari. Kita ada beberapa bilik konsultasi dan beberapa kaedah bimbingan, kaunseling yang telah ditetapkan oleh pakar-pakar,” jelas beliau pada Rabu.

Menurut Annuar, langkah itu disediakan selepas mengambil kira keadaan semasa termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyukarkan orang ramai berkomunikasi antara satu sama lain secara bersemuka bagi meluahkan tekanan hidup.

Ujar beliau, di Rumah Prihatin juga, pihaknya turut menyediakan rangkaian psikatri dan kaunselor bagi membantu mereka yang memerlukan selain membuka perkhidmatan secara atas talian.

Tambahnya, tindakan susulan akan dilakukan mengikut kaedah yang bersesuaian.

2 Julai lalu, KWP memaklumkan pihaknya sedang merangka mekanisme dan pendekatan yang lebih efektif untuk membantu warga Wilayah Persekutuan khususnya di Kuala Lumpur yang mengalami masalah kesihatan mental serius serta perlu ditangani segera selepas mendapati peningkatan masalah itu yang disebabkan kesempitan hidup.

Ekoran itu, penubuhan Klinik Kesihatan Mental diperkenal dan dipusatkan di [email protected] bersama lima lagi elemen lain yang turut diselaraskan di situ.

CATEGORIES
TAGS