Berita

Rozita Ramelan lancar pes tumis bantu artis veteran

ROZITA (kiri) bersama Cef Ismail(tengah) dan pelakon Mubarak Majid.
- Diterbit 5 Jun 2022 1:00 AM MYT

KETIKA ramai peniaga kecil berdepan kesukaran untuk bangkit semula selepas terjejas akibat pandemik COVID-19, Rasa Rosz Sdn Bhd melancarkan empat jenis Pes Ratu Tumis iaitu Ratu Tumis Sambal, gulai, sup dan asam pedas. Ketua Pengarah Eksekutif yang juga pengasas Rasa Rosz Sdn Bhd, Datuk Seri Rozita Ramelan berkata tujuan beliau mengeluarkan produk Ratu Pes ini bagi membantu orang ramai seperti peniaga kecil, suri rumah dan sebagainya untuk menjana pendapatan.

“Dalam keadaan sekarang ini, saya pun terfikir juga, apa salahnya saya keluarkan produk dan kongsi segala pengetahuan pengalaman saya berniaga dan juga resipi-resipi daripada arwah moyang saya yang diterapkan di dalam pes Rasa Rosz.

“Saya juga sebenarnya nak membantu peniaga-peniaga kecil atau sesiapa sahaja di luar sana untuk menjana pendapatan. Kami juga buka tawaran untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Rozita juga mengalu-alukan artis-artis veteran untuk sama-sama mencari pendapatan lebih dengan cara yang mudah.

“Sambil berlakon, boleh juga berkongsi resepi tumis ini kepada kenalan lain. Ejen yang kami anggap macam ahli keluarga Rasa Rosz ini secara peribadi akan diajar cara berniaga bagi menjana keuntungan sekecil-kecil daripada RM168 sebulan, sampailah ke RM40,000 sebulan,” kata beliau.

Rozita Ramelan ditemui pada Majlis Hari Raya Bersama Artis-Artis Veteran di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara artis yang hadir ialah Zaiton Sameon, Mak Jah, Mubarak Majid, Kismah Johar, Aznah Hamid dan ramai lagi.

Tegasnya, untuk meniaga produk makanan tidak susah kerana jika sesuatu produk itu sedap dan halal, Insya-Allah pembeli akan ulang membeli lagi.

“Produk makanan ni kalau dah halal, sedap orang akan repeat order  dan tidak susah untuk menjual. Pes-pes ini boleh dimanipulasikan untuk pelbagai masakan, sebab itu kita namakan ia Ratu Tumis kerana ia merupakan bahan-bahan menumis.

“Kita punya flavour di Malaysia atau Asia ini selalunya kena ada masam iaitu asam pedas, sup yang penuh dengan halia dan bawang, pes gulai yang boleh dipelbagaikan dengan pelbagai masakan dan begitu juga dengan pes sambal.

“Dengan menggunakan pes ini pembeli boleh menghasilkan masakan dengan mudah, cepat dan versatil untuk pelbagai jenis juadah,” ujar beliau mengakui Ratu Tumis turut mendapat pengiktirafan di Asia Halal Brand  Awards 2019 bagi kategori Bahan Masakan Terbaik.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut layari www.rasarosz.com atau hubungi Ratu Tumis di talian 013-808 2772. Untuk maklumat lanjut hubungi Rasa Rosz Sdn Bhd, D4-G4-03 Publika, Solaris Dutamas, 50480 Jalan Dutamas.

KOLEKSI Pes Ratu Tumis.

“REZEKI ALLAH ITU LUAS”  – ZAITON SAMEON

BAGI penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon memuji usaha Rozita meraikan artis-artis veteran dengan memberi peluang berniaga.

“Kebiasaannya orang selalu lupa artis veteran. Apatah lagi nak meraikan kami dalam majlis yang meriah.

“Bukan sahaja meraikan kami, malah diberi pula peluang jana pendapatan. Bidang seni ini ada naik turun. Jadi tak salah mencuba untuk berniaga kecil-kecilan. Rezeki Allah itu luas,” ujarnya kepada Wilayahku.

Tambahnya lagi, apa sahaja berkaitan makanan pastinya digemari ramai. Malah zaman kini semuanya mudah hanya menggunakan pes.

Dalam situasi ekonomi yang kurang menentu, Zaiton berharap orang ramai tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan sukar.

“Selain menyanyi, saya sendiri berniaga kecil-kecilan seperti jual rendang dan pewangi,” ujarnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas