Berita

RON95 turun kepada RM1.89, diesel RM1.96 seliter

- Diterbit 6 Mac 2020 9:33 AM MYT

PUTRAJAYA – Harga runcit minyak petrol RON97 diumumkan turun sebanyak 21 sen seliter menjadikannya RM2.10 seliter berbanding sebelum ini RM2.40 seliter.

Harga runcit petrol RON95 pula turun sebanyak 19 sen seliter iaitu daripada RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter manakala diesel turun sebanyak 17 sen seliter, daripada RM2.13 seliter kepada RM1.96 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya petang ini berkata, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula automatic pricing mechanism (APM), harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 7 Mac sehingga 13 Mac ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas