Berita

RM90 juta bina Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur

MAJLIS perasmian pembukaan pasar moden harian Selayan.
- Diterbit 1 Julai 2022 9:10 AM MYT

KERAJAAN Persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke (RMK)-11 memperuntukkan sejumlah dana RM 90 juta untuk membina Pasar Harian Selayang .

Menterinya Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pasar moden empat tingkat ini boleh ini memuatkan sebanyak 673 gerai peniaga secara tersusun.

“Bahan-bahan basah, runcit, sejuk beku dan buah-buahan ditempatkan di aras G, yang lengkap dengan kemudahan
seperti bilik pemprosesan ais, bilik sejuk beku dan ‘chiller room bagi kegunaan peniaga.

“Manakala aras 1 pula dikhaskan untuk
sayur-sayuran, aras dua ialah medan selera dengan 20 gerai makan, manakala aras tiga dan empat adalah tempat letak
kereta,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar dan Pengarah Eksekutif Perangan DBKL, Datuk TPr Sulaiman Mohamed.

Shahidan berkata, kompleks itu turut mempunyai 641 petak parkir kereta dan 269 petak motorsikal disediakan di dalam kompleks pasar untuk kemudahan kepada peniaga dan pengunjung.

“Ia turut dilengkapi dengan sembilan unit kamera litar tertutup (CCTV) di luar bangunan dan 30 unit CCTV di dalam bangunan.

“Dengan adanya jaminan sebegini, semua pihak akan rasa terjamin dan selamat,” katanya.

Menurut Shahidan, sebagai bandaraya yang komited ke arah dasar Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),
Pasar Harian Selayang ini dilengkapi dengan Sistem Solar Photovoltaic (PV) yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan sumber tenaga elektrik.

“Rain Water Harvesting juga dilaksanakan yang mana takungan air hujan diguna semula oleh DBKL bagi tujuan penyelenggaraan bangunan dan
penyiraman tanaman di sekitar pasar,” katanya.

Beliau berkata, sebuah jejambat yang menghubungkan Jalan Ipoh ke Pasar Harian juga sudah siap dibina pada Mac 2022 yang lalu bagi menangani kesesakan lalulintas di kawasan sekitar.

“Jejambat ini boleh menampung muatan sehingga lima tan dan panjang sejauh 350 meter, dapat mempercepatkan
tempoh masa ke pasar moden ini dalam masa 30 saat sahaja berbanding sebelumnya melebihi 10 minit di waktu kemuncak,” katanya. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas